Muhammad Hasbullah
2 min readApr 27, 2024

Madinah Takkan Rebah

  • Rasulullah wafat
  • Madinah diserang
  • Tanah Arab kembali murtad

Bagaimanakah para sahabat melepasi badai ini tanpa Baginda Rasulullah.

Ya, buku ini bukanlah buku sirah Nabi seperti yang biasa kita baca. Buku ini berkisarkan kehidupan para sahabat dan umat Islam selepas kewafatan Nabi. Era pemerintahan para sahabat.

Saudara Luqman Makhtar bijak membawa kita mengembara ke masa lampau melalui sebuah novel. Beliau berjaya menulis novel sejarah Islam berdalil yang sangat bagus, informatif, dramatik, dan mengujakan.

Berbagai perasaan bercampur baur sejak baca bab 1 lagi. Sedih Nabi wafat, sedih Madinah berduka. Suasana kalut ribut dengan tindakan Umar yang mahu memenggal sesiapa sahaja yang mengatakan Nabi sudah wafat. “Siapa yang kata Nabi mati, aku pancung! Rasulullah pengsan sahaja. Nanti Baginda sedar” — Umar.

Aduh. Cukup dramatik. Kita baca novel ni seolah kita berada di sana menyaksikan peristiwa itu. Akhirnya datang Abu Bakar menenangkan suasana. “Sesiapa menyembah Muhammad, ketahuilah Muhammad sudah mati! Sesiapa menyembah Allah, maka Allah Maha Hidup, tidak mati-mati!” — Abu Bakar.

Panjang kalau nak cerita ni. Lagipon saya tak pandai nak cerita. Apa kata kalau sahabat-sahabat baca sendiri. Dapatkan buku ni cepat sebelum habis. Penulis jual murah je buku ni.

Dapatkan naskah Madinah Takkan Rebah anda DI SINI.

.

Ni penulis belanja intai-intai isi dalam novel Madinah Takkan Rebah. Download sini.

Muhammad Hasbullah
Muhammad Hasbullah

No responses yet